ஜ My Favourite Issues ஜ

ஜ Beautifull Hijab Fashion ஜ

Page Graphics, Tumblr Graphics
Pretty and lovely hijab style ~



Seriously, saya suka sangat tengok fesyen hijab sekarang yang sangat2 menarik dan cantik di pandang. Tak semua gaya moden yang keterlaluan dan tak semuanya boleh di katakan lawa dan sangat trendy.Sekarang ni kalau nak tukar style gaya hijab yang comel dan lawa , kita boleh tengok kat Ytube or kat mana sahaja online shawl sebab mereka akan buat kan tutorial untuk kita belajar.  Contoh Online hijab store yang di abad ini seperti di bawah :





Selain itu, terdapat bermacam aneka pilihan hijab yang boleh di dapati online dan memang tersangat lawa hijab yang dijual. Sesuai dengan harga yang berpatutan , kesemua hijab yang di beli online ni berkualiti. Sebagai contoh, saya selalu bershopping online shawlbyvsnow , Hana Bella , Sugarscarft dan banyak lagi. Setiap pembelian yang saya buat memang puas hati dan shawl semua senang nak di bentuk. Kalau kadang2 tu teringin nak ubah gaya pemakaian shawl. So, boleh try search and practice hari2 pakai cara baru ya ! Kat bawah ni ada tutorial dari Shawlbyvsnow yang sangat ringkas dan chantik <3





ஜ Boots & Sneakers ஜ

Boots

Sneakers

Wow! lawa nya kasut ni... :)

Saya memang minat sangat dengan boots and sneakers. Selalu pakai sneakers bila keluar sebab senang nak bertapak ke mana sahaja. Untuk kasut boots pula, memang setakat ni belum berjaya memiliki nya tapi dalam perancangan. Bila setiap kali tengok orang pakai sneakers or boots mesti jeling2 nak tengok colour apa orang tu pakai semua. Jangan kata kalau duduk Malaysia kita tak boleh nak pakai boots.

Sebenarnya ramai je peminat boots pakai kasut boots ni bila keluar dan berkerja. Bukan orang2 yang hidup di negara beriklim sejuk je boleh pakai ya. So, tukar perspektif anda bila tengok orang sebelah pakai boots, jangan la anda rasa dia tu "badjet" or "poyo" tetapi nilai lah dari segi positif ya.

Bagi saya, orang yang pakai boots ni nampak style and smart. Kalau kena dengan gaya mereka lagi lah nampak stylo gitu. So for the sneakers, saya memang minat sangat dengan jenama Converse. Sebab , colour dia yang menarik dan keselesaan bila memakainya memang best. Selain itu, nak jadi fasionable person pun boleh kalau bijak mengenakan pakaian dengan kasut yang kita suka. Converse punya kedai ada dekat Mid Valley dan lain lain manakala Dr Martens kat The Garden, Pavilion dll. Dekat2 pulak dengan rumah, ni yang nak beli ni =='

Tak rugi kalau beli sneakers mahupun boots sebab kita boleh guna nya di mana sahaja mengikut kehendak kita sendiri.  Tapi ada juga masalah kalau nak beli boots and sneakers sebab harga nya yang mahal ==' . Bayangkan kalau beli kat Dr Martens harganya RM499++ and Converse ada yang harganya RM180++ . But, bagi peminat kasut ni, mesti akan beli juga walau apa pun harga nya kan ? boleh puaskan hati dengan kualiti kasut boots and sneakers tu :)

Nak Mary Jane satu pleasee mak ! :(












2 comments:

  1. hai...

    Ilot adalah pengumpul Mary Jane Dr Marten. Walaupun mahal tapi bila dah dapat rasa kepuasan yg tak terhingga. Asalkan kita mampu dan tak menyusahkan diri sendiri, why not beli. Ni tengah fikir nak beli boot or tak...kecur je tengok ;)

    http://ilotnaim.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Hijabs are nice the color and print combination is great.. Hope to see more in future.
    Hijab Tudung

    ReplyDelete