Sunday, September 28, 2014

I will show you ~ Aliee

Assalamuaallakum..

Its been a while since berapa bulan lepas update blog ni. Sebenarnya tak ada masa untuk update benda2 blog ni semua. Seriously, blog ni hanya untuk suka2 and tempat untuk luah kan apa yang terlintas di fikiran. Pejam celik , pejam celik, dah nak sampai hujung tahun. So? dah tercapai tak hajat and impian yang kita semua nak penuhi ? hehe. 

For me, banyak lagi perkara dan benda yang masih belum tercapai. Tapi Insha ALLAH selagi kita bersabar dan berusaha dengan gigih, pasti apa yang kita nak akan ALLAH swt tunaikan. Setiap apa yang berlaku bukan kehendak kita. Kadang2 manusia buat perancangan yang baik tetapi ALLAH swt ada perancangan yang lebih sempurna berbanding kita. So, jangan mudah putus asa atau kecewa sebab setiap apa yang kita buat ada hikmahnya kan? 

Dalam hidup ini tak semuanya indah dan tak semestinya selalu ada happy ending. Kadang2 hati terasa sedih kalau apa yang kita nak sangat tak menjadi milik kita. Tapi ingat lah , ALLAH swt tahu kemampuan kamu dan dia tahu apa yang terbaik buat diri kamu. So, be humble and smile walaupun dalam keadaan sedih atau kecewa. Be positive! jangan overacting kalau apa yang kita nak tak dapat sampai nak buat benda yang tak baik. Yang pasti nya, kena memotivasikan diri sendiri untuk lebih kuat dan berjaya di masa akan datang. Who knows? mungkin tahun depan ALLAH swt akan bagi something yang kita tak dapat penuhi tahun ini kepada something yang lebih baik? :) 

*Terapi yang paling berkesan untuk hilang kan stress : luang kan masa dengan kawan yang rapat dan berkongsi masalah. and paling utama kena la ... SHOPPING ! hahah

*Belanja satu gmbr :P

Art Street seksyen 7 Shah alam


Monday, May 19, 2014

My graduation day :)

Instiadat Konvokesyen yang ke 80 Uitm di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC)~ Uitm Shah Alam  (18 May 2014 -Sidang 10)


Alhamdullilah dengan anugerah yang di berikan oleh ALLAH swt kerana sekarang saya berjaya memegang scroll Diploma Pengurusan Maklumat (IM110). Segala penat lelah dan pengorbanan yang di lakukan terasa berbaloi dan sangat berpuas hati dengan diri sendiri. Di sebalik kejayaan ini , ibubapa lah yang banyak betkorban dan banyak membantu dalam segala hal seperti dari segi kewangan, dorongan, masa, tenaga dan lain-lain. Diploma ini merupakan hadiah buat ayah dan mak yang tanpa penat membesarkan anak mu ini sehingga berjaya memperoleh kejayaan. Ibu dan bapa juga lah tempat saya mengadu jika ada sebarang masalah dalam pelajaran dan terima kasih kerana mendengar dengan sabar.Insha ALLAH saya akan menjaga dan membalas budi kalian hingga akhir hayatku :)

Yang kedua, tak lupa juga kepada lecturer yang banyak mengajar dan memberi nasihat serta semangat u untuk mendapatkan pointer yang terbaik dalam mata pelajaran. Masih segar dalam ingatan cara semua lecturer mengajar. Teringat Madam Hasniza yang marah sebab kami ni bising semasa madam mengajar (maafkan kami) dan cara Madam mengajar memang sempoi habis. Tapi dalam masa yang sama Madam tegas kalau bab assigment dan banyak bagi clue untuk kami tambah baikkan assignment kami. Terima kasih tak terhingga untuk Madam. Untuk Madam Sal dan Madam Ayu juga yang banyak mengajar tentang record dan archive dengan baik, saya ucapkan berbanyak terima kasih. Banyak sangat nama lecturer yang dah mendidik dan mengajar sampai saya berjaya bergelar graduan. Hanya ALLAH SWT yang mampu membalas jasamu. Nak sebut nama lecturer , Sir Sufi, Sir Azam, Miss Sha, Sir Mahadi, Sir Hafiz, dll . hehe maaf byk sgt tpi nama mu tetap di hati. Oh ya! Thank you kepada UiTM KEdah yang akan sentiasa dalam ingatan ku. UiTM Di HATI ku Selalu <3

Last and not least untuk kawan2 seperjuangan yang banyak membantu dalam melakukan assignment yang di berikan dan segala dorongan dari kalian. Masih segar dalam ingatan macam mana kta semua tak tidur malam sebab buat assignment dengan usaha dan doa yang ada akhirnya kita berjaya siapkan juga. Thanks to my groups member, Fatin Haniah, Ika, Ras, Farah dan ex roomate yang ku sayangi Nazila dan Shahirah yang sentiasa ada di kala susah senang. Ilove you all always :)  Terima Kasih dari saya dan semoga kalian berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat, Insha ALLAH. Tak lupa juga kepada Pak Jang dan Mak jang yang selalu mendoakan kejayaan anak saudara mu ini, Terima kasih banyak2 ikhlas dari saya. Dah Konvo da yeepiii ! 







A361




Saturday, April 26, 2014

Everything is going to be fine ..

Assalamuaallaikum...

Alhamdullilah rezeki bertambah dan semakin happy. Benarlah kata orang, kalau kita ikhlas melakukan sesuatu pasti ALLAH SWT akan balas dengan baik juga. Setiap apa yang berlaku dan terjadi ada hikmah nya yang tersendiri. Kalau sekarang susah and kita usaha tanpa putus asa, Insha ALLAH suatu hari nanti pasti kita kan berjaya. Ignore je kalau ada orang bising complain pasal apa kita buat sebab bukan dorang yang nak tolong diri kita tapi kita sendiri yang kena tolong diri ni. Make yourself do all the things that you want to do. Always listen to your heart and thought.


Next, kena lah tahan telinga dengar kalau orang sekeliling cakap macam2 kat diri. Kena ingat siapa yang ada waktu kita susah and senang supaya kita boleh kenal orang sekeliling. But surely, family kena di utamakan sebab doa mak dan ayah paling mujarab dan ALLAH SWT akan meredhai setiap apa yang kita lakukan. Always keep yourself calm and terima rezeki dengan hati yang ikhlas. Perform solat sunat Dhuha sebab tanpa tawakal dan doa kita tak kan diberi rezeki oleh NYA. Ingat tu :)


Saturday, April 19, 2014

I Love to be in The Little Caliph's

Assalamuallaikum ..

Let's begin my story about The Little Caliph's Kindergarden or Ilham Khalifah Tadika yang terletak di Bandar Sri Permaisuri. Lepas je habis belajar (Diploma) saya terus je berusaha cari kerja sebab kalau kat rumah pun belum tentu nak buat apa kan? So, zana my friend and I cari lah kerja area dekat-dekat rumah je. Alhamdullilah..agaknya rezeki kami berdua di terima sebagai teacher di tadika ni. Mula-mula start kerja memang pening and tak tahu apa tugas yang kami patut buat. But, teacher-teacher kat sini semua nya baik dan beri kerjasama yang bagus pada kami buatkan kami boleh handle kerja dengan baik.

Tadika Little Caliph's ni memang menarik dan sangat-sangat berguna untuk anak-anak kat luar sana. Kenapa? Sebab tadika ni mengajar anak-anak ke arah lahiriah dan rohaniah. Maksudnya, tadika ni bukan sahaja mengikuti pembelajaran yang efektif malah mementingkan pembentukan rohani dan adab dalam diri pelajar di sini. Program tadika ini ialah untuk mewujudkan suasana Islamik dan mempelajari tingkah laku sopan ke arah kebaikan dan pembentukan diri sebagai khalifah Allah SWT. Untuk maklumat lebih boleh tengok ke link ni The little Caliphs Program

with Little Rizqin
Saya di tugaskan menjaga pelajar 4 tahun dan sepanjang berkerja disini banyak kenangan manis yang dapat di simpan. At first, masa mula sekolah, semua pelajar 4 tahun menangis dan ada yang dari pagi sampai petang mengeluarkan air mata (kesiannya). Ada yang diam dan memencilkan diri dan ada pula yang ramah bertanya itu ini kepada saya. Pendekatan yang teacher lain buat pada masa tu ialah mereka akan pujuk budak-budak 4 tahun ni. Lepas tu sama-sama baca doa before learning dan buat music and movement. Program Little Caliph's ni sangat bagus sebab dari pandangan saya, pelajar akan mudah membezakan yang baik dan buruk. Semua teacher akan mengajar pelajar cara solat, bacaan solat, cara mengambil wuduk dan lain-lain. Doa-doa basic macam doa sebelum makan, selepas makan, doa masuk tandas dan lain-lain, semuanya akan dipraktikakn untuk pelajar.


Love you all
Kalau ada yang kat luar sana kata Little Caliphs tak macam Smart Reader ke atau lain-lain, sebenarnya setiap tadika ada keistimewaan sendiri. Walaupun Little Caliphs menegaskan unsur khalifah dalam diri pelajar tetapi pembelajaran dalam tadika ni memang setaraf dengan tadika lain. Contohnya, teacher kat sini semua nya akan memberi arahan dalam bahasa english dan melatih pelajar bercakap bahasa inggeris. Pelajar 4 tahun akan di ajar mengenal huruf dan sebutan "a" "ba" "ca" dan menghafal nya. Pelbagai aktiviti menarik juga akan di adakan di tadika ini untuk meningkatkan daya pemikiran pelajar contohnya art and craft dan lain lain. Selain itu, lepas sebulan mengajar kat sini, banyak perubahan yang dapat saya tengok dalam diri pelajar. Mereka senang mengingat dan menghafal doa malah ada yang suka menjadi imam ketika solat. Sebenarnya, anak-anak kalau di lentur dari sekarang Insha ALLAH mereka akan menjadi khalifah ALLAH yang lebih bersedia di masa akan datang. :)




Thursday, April 17, 2014

Belajar Uku Le Le ...

Assalamuaalaikum...


Hari yang bermakna telah berlalu and alhamdullilah masih di beri kan peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Hari ini saya temui hobi baru.. yeahh nak tahu apa ? the answer is playing Uku LE LE  :) walaupun sebenarnya baru je belajar. Uku Le Le memang macam gitar tapi saiz nya memang kecik and cute je. Kalau warna nya pink lagi bertambah cute kan. So, as for me, saya tak beli lagi pun uku lele ni but my Sifu ( Kak Zati) bagi pinjam dia punya. Thanks akak sebab mengajar walaupun saya tahu saya tak pandai. 

Next, let me tell about this music instrument. Uku le le ni berasal dari Hawaii and cara kegunaanya sama macam gitar cuma beza nya strings dia ada empat je ya. At first memang susah nak biasa kan jari untuk mainkan kat uku lele ni. Tapi Insha ALLAH kalau kita minat and usaha mesti akan pro one day kan ? So, kat bawah ni adalah chord uku lele yang saya tengah nak menghafal ==' Tapi Insha ALLAH kan kalau usaha pasti boleh jadi power gitu.


Uku Lele Chords

Kena ingat kalau sekejap main lepas tu terus tak nak main uku lele memang sampai bila pun tak kan pandai. So, yang kat luar sana tu kalau nak main uku lele ni boleh praktis selalu. Sebab kadang-kadang kalau kita fokus pada benda lain mungkin kita akan lupa kan masalah kita yang lepas-lepas tu. Tapi jangan lah sampai terlupa pada ALLAH swt ya. Itu saja untuk hari ni thanks for reading :)

This is the part of Uku Lele







Wednesday, April 16, 2014

Job hunting is going to be fine ..Insha ALLAH :)

Assalamuallaikum semua..

Kalau dulu orang kata kalau tak belajar susah nak dapat kerja kan but sebenarnya ia nya di sebaliknya. Tak semestinya belajar sampai Phd sekali pun hidup sesorang itu akan terjamin. In fact, belum tentu lagi nak dapat kerja sebab zaman sekarang ni susah sangat nak mencari kerja. Believe me please! sebab saya dah merasainya (sigh).Okey let me story about my experience masa nak cari kerja. After habis final exam diploma, saya try la hantar resume untuk banyak company. Termasuk yang sedara mara punya but selalu nya kalau student memang suka cari "job online" and send resume. 

At first memang lah ada dua tiga interview yang tersangkut and orang tu pun suruh pergi interview. But guess what? before nak kena interview kita mesti buat persediaan semua kan ? and as for me, saya kan search dalam-dalam pasal company yang panggil tu. Rupa-rupanya kebanyakkan company yang panggil saya for interview tu "menipu". Maksudnya, job tu bukan apa yang kita bayang kan. Ramai lah orang yang comment pernah kena tipu dengan company ni. Apa lagi terus "cancel" nak pergi interview. Haihh =='

Secondly, disebabkan sijil diploma tak dapat lagi (graduate bulan 5) , kena lah guna result Spm so kalau orang sekeliling nak expect kita ni terus dapat kerja yang bagus memang kurang wajar lah. Kadang-kadang saya pelik dengan orang sekelililng (bukan semua ya ! ) yang sibuk menanya pasal " Anak awak kerja apa?" "berapa gaji" "kenapa kerja tu?" dan lain-lain. Are they think it is easy to find working place? Ingat senang-senang nak dapat kerja? and sepatutnya people around kena lah kata "nanti ada lah rezeki tu" and others. Macam ni baru lah semangat sikit nak cari kerja kan :) 

Sebagai contoh, My beloved sister, after STPM she was struggle to find job and ternyata rezeki dia. At first akak saya kerja promoter kat Avon then clerk kat satu company and lastly now she become an Officer in Etiqa Insurance. This means sesiapa pun boleh berjaya jika Allah SWT kehendakinya. Kita mesti ingat sebenarnya setiap apa yang kita lakukan kalau susah nak dapat someting its means Allah nak duga. Macam saya la.. ada hikmah nya kan kerja kat Little Caliph's sekarang.. segalanya dalam perancanganNYA..Insha Allah.. :) Smile.



Tuesday, April 15, 2014

Be my first step in this blog thing :)

Assalamuaalaikum .. 

Wow.. finally buat blog.. dah macam budak baru belajar pula..In future I will improve to make my blog to be more interesting and fun for read, Insha ALLAH. Firstly, blog ini untuk saya meluahkan apa sahaja yang terlintas di fikiran and others thing too. Sebenarnya sebelum ni ada buat blog juga tapi tak menjadi lah pulak. Siap lupa terus apa password and ID. Hopefuly dapat lah nak sampaikan pemikiran and perasaan dalam blog ni. (cewah!)

Okey. Now nak cerita sikit pasal diri ini yang serba serdahana lagi tak berapa nak di kenali sangat (ayat merendah diri =='). My life is like this....

Nama penuh yang mak ayah berikan HAZIRAH BINTI HAMZAH means "Pilihan yang terbaik" . Insha ALLAH. Umur 21 years old (tua ke ?) . Tinggal di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur and stays with my family till now. I'm working at Little Caliph's Kindergarden as a teacher (sementara) and part time student. I still need to get my degree Insha ALLAH. Anak yang kedua dari tiga orang. Single and masih mencari (hehe). Suka baca novel and shopping ( benda perempuan suka buat! ). Hope sudi berkawan dengan saya..


Throwback at Makam Mahsuri, Langkawi