Monday, May 19, 2014

My graduation day :)

Instiadat Konvokesyen yang ke 80 Uitm di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC)~ Uitm Shah Alam  (18 May 2014 -Sidang 10)


Alhamdullilah dengan anugerah yang di berikan oleh ALLAH swt kerana sekarang saya berjaya memegang scroll Diploma Pengurusan Maklumat (IM110). Segala penat lelah dan pengorbanan yang di lakukan terasa berbaloi dan sangat berpuas hati dengan diri sendiri. Di sebalik kejayaan ini , ibubapa lah yang banyak betkorban dan banyak membantu dalam segala hal seperti dari segi kewangan, dorongan, masa, tenaga dan lain-lain. Diploma ini merupakan hadiah buat ayah dan mak yang tanpa penat membesarkan anak mu ini sehingga berjaya memperoleh kejayaan. Ibu dan bapa juga lah tempat saya mengadu jika ada sebarang masalah dalam pelajaran dan terima kasih kerana mendengar dengan sabar.Insha ALLAH saya akan menjaga dan membalas budi kalian hingga akhir hayatku :)

Yang kedua, tak lupa juga kepada lecturer yang banyak mengajar dan memberi nasihat serta semangat u untuk mendapatkan pointer yang terbaik dalam mata pelajaran. Masih segar dalam ingatan cara semua lecturer mengajar. Teringat Madam Hasniza yang marah sebab kami ni bising semasa madam mengajar (maafkan kami) dan cara Madam mengajar memang sempoi habis. Tapi dalam masa yang sama Madam tegas kalau bab assigment dan banyak bagi clue untuk kami tambah baikkan assignment kami. Terima kasih tak terhingga untuk Madam. Untuk Madam Sal dan Madam Ayu juga yang banyak mengajar tentang record dan archive dengan baik, saya ucapkan berbanyak terima kasih. Banyak sangat nama lecturer yang dah mendidik dan mengajar sampai saya berjaya bergelar graduan. Hanya ALLAH SWT yang mampu membalas jasamu. Nak sebut nama lecturer , Sir Sufi, Sir Azam, Miss Sha, Sir Mahadi, Sir Hafiz, dll . hehe maaf byk sgt tpi nama mu tetap di hati. Oh ya! Thank you kepada UiTM KEdah yang akan sentiasa dalam ingatan ku. UiTM Di HATI ku Selalu <3

Last and not least untuk kawan2 seperjuangan yang banyak membantu dalam melakukan assignment yang di berikan dan segala dorongan dari kalian. Masih segar dalam ingatan macam mana kta semua tak tidur malam sebab buat assignment dengan usaha dan doa yang ada akhirnya kita berjaya siapkan juga. Thanks to my groups member, Fatin Haniah, Ika, Ras, Farah dan ex roomate yang ku sayangi Nazila dan Shahirah yang sentiasa ada di kala susah senang. Ilove you all always :)  Terima Kasih dari saya dan semoga kalian berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat, Insha ALLAH. Tak lupa juga kepada Pak Jang dan Mak jang yang selalu mendoakan kejayaan anak saudara mu ini, Terima kasih banyak2 ikhlas dari saya. Dah Konvo da yeepiii ! 







A361




No comments:

Post a Comment