Saturday, April 19, 2014

I Love to be in The Little Caliph's

Assalamuallaikum ..

Let's begin my story about The Little Caliph's Kindergarden or Ilham Khalifah Tadika yang terletak di Bandar Sri Permaisuri. Lepas je habis belajar (Diploma) saya terus je berusaha cari kerja sebab kalau kat rumah pun belum tentu nak buat apa kan? So, zana my friend and I cari lah kerja area dekat-dekat rumah je. Alhamdullilah..agaknya rezeki kami berdua di terima sebagai teacher di tadika ni. Mula-mula start kerja memang pening and tak tahu apa tugas yang kami patut buat. But, teacher-teacher kat sini semua nya baik dan beri kerjasama yang bagus pada kami buatkan kami boleh handle kerja dengan baik.

Tadika Little Caliph's ni memang menarik dan sangat-sangat berguna untuk anak-anak kat luar sana. Kenapa? Sebab tadika ni mengajar anak-anak ke arah lahiriah dan rohaniah. Maksudnya, tadika ni bukan sahaja mengikuti pembelajaran yang efektif malah mementingkan pembentukan rohani dan adab dalam diri pelajar di sini. Program tadika ini ialah untuk mewujudkan suasana Islamik dan mempelajari tingkah laku sopan ke arah kebaikan dan pembentukan diri sebagai khalifah Allah SWT. Untuk maklumat lebih boleh tengok ke link ni The little Caliphs Program

with Little Rizqin
Saya di tugaskan menjaga pelajar 4 tahun dan sepanjang berkerja disini banyak kenangan manis yang dapat di simpan. At first, masa mula sekolah, semua pelajar 4 tahun menangis dan ada yang dari pagi sampai petang mengeluarkan air mata (kesiannya). Ada yang diam dan memencilkan diri dan ada pula yang ramah bertanya itu ini kepada saya. Pendekatan yang teacher lain buat pada masa tu ialah mereka akan pujuk budak-budak 4 tahun ni. Lepas tu sama-sama baca doa before learning dan buat music and movement. Program Little Caliph's ni sangat bagus sebab dari pandangan saya, pelajar akan mudah membezakan yang baik dan buruk. Semua teacher akan mengajar pelajar cara solat, bacaan solat, cara mengambil wuduk dan lain-lain. Doa-doa basic macam doa sebelum makan, selepas makan, doa masuk tandas dan lain-lain, semuanya akan dipraktikakn untuk pelajar.


Love you all
Kalau ada yang kat luar sana kata Little Caliphs tak macam Smart Reader ke atau lain-lain, sebenarnya setiap tadika ada keistimewaan sendiri. Walaupun Little Caliphs menegaskan unsur khalifah dalam diri pelajar tetapi pembelajaran dalam tadika ni memang setaraf dengan tadika lain. Contohnya, teacher kat sini semua nya akan memberi arahan dalam bahasa english dan melatih pelajar bercakap bahasa inggeris. Pelajar 4 tahun akan di ajar mengenal huruf dan sebutan "a" "ba" "ca" dan menghafal nya. Pelbagai aktiviti menarik juga akan di adakan di tadika ini untuk meningkatkan daya pemikiran pelajar contohnya art and craft dan lain lain. Selain itu, lepas sebulan mengajar kat sini, banyak perubahan yang dapat saya tengok dalam diri pelajar. Mereka senang mengingat dan menghafal doa malah ada yang suka menjadi imam ketika solat. Sebenarnya, anak-anak kalau di lentur dari sekarang Insha ALLAH mereka akan menjadi khalifah ALLAH yang lebih bersedia di masa akan datang. :)




No comments:

Post a Comment