Saturday, January 21, 2017

Hello 2017!

Wow! Its New Year already! 2017 !

Hopefully this year would bring a lot of joy then saddness haha!

A lot of things happen in life and we as human need to accept it and give our best to move on..

Throwback 2 or 3 years ago.. the time that i hv to make a huge sacrifice of my life. I have to let it go.. when others were chasing their way to continuing their studies or whatever they wanted too. I have to start earning money, help my parents and trying so hard to find a job. Its not easy.. Sometimes I got mad and sad at the same time. But i knew Allah swt have a better plan for me. So i remain strong and finally got a job !

My first official job is kindergarden teachers. Some may think it were an 'easy' job and some say 'cikgu tadika belajar a b c je kan'.. it took a huge responsibilities when you were a teacher.. i may not know how to teach and communicate with children and parents. But i am learning from time to time. I m so thankful that i ve got to know so many good people in my life. Though i hv meet those who sometimes hurt me but i think that way you can learn about people around you.

So times flew away and i learn a lot of things that can teach me to become a better person.. i have so many weakness and i am too emotional when it comes to love. Its true that 'people come and go' . I been played and been rejected. Its true , nowdays its hard to find a right men for you..People sometime did nt appriciate what they hv and searching for others thing. I am not a type of girl who would give up easily but when the time comes you would never be in my life.

More experience make us to become wise , strong, careful and matured in our life. I m not fully matured and i dont know if i m matured. All i know is i m still learning everyday to be a better person and muslimah for this life. Allah swt knows what best for us! And we can keep on moving and tawakal for whatever we do !


Tuesday, February 9, 2016

New Year Goals !

Assalamuallaikum and hello february 2016! 

Welcome 2016! hehe.. walaupun dah terlambat nak ucap selamat tahun baru.. but still Happy new year and Gong Xi Fat Cai :) .Tahun monyet and hopefully ada Ong tahun nie (gurau je).

This year is a second year for me as a montessori kindergarden teacher. Still in the process of learing and masih mencari2 cara nak mengajar yang lebih baik. Tahun lepas byk yg telah di pelajari tetapi still diri ni merasakan masih baru untuk menjadi seorg guru tadika. Banyak sgt pressure terutama dari parents. Siapa kata senang nak jadi cikgu ? Kata ajar A B C je ? eh please .. awak kena tahu susah nak ajar budak2 sebab mereka masih fresh and kena di lentur dgn baik supaya boleh menjadi insan yang berguna. (cewah). So, di sini sy nak kongsi kan macam mana smpai sekarang sy masih bergelar cikgu tadika walaupun bukan dari bidang pendidikan awal kanak2.


RESEPI BERTAHAN JADI CIKGU TADIKA :)


Benda yang paling penting dlm diri seorang cikgu tadika ialah 



me and my students


  • " KESABARAN " 
Paling susah nak kekalkan kesabaran semasa nak mengajar, so seorg cikgu kena tahu cara nak handle emosi and perasaan dgn baik. Contoh, kalau bdk2 tanya itu ini non-stop , anda sbagai guru kena tackle anak itu dgn benda yg boleh menarik perhatian dia. Seperti, berikan latihan yg menarik atau ganjaran yg bagus supaya anak itu teralih perhatian nya. 

  • " BIJAK MENYUSUN MASA"
Masa itu emas dan masa adalah sesuatu yg perlu di hargai. Menjadi seorang guru tadika memerlukan anda mengatur masa dengan bijak. Seperti sy, 15 murid di tugaskan utk diajar semua subjek. So macam mana nak handle? First, bahagi kan masa dgn bijak, buat persediaan awl sebelum mngajar dan jangan last minute buat persediaan mengajar. Set kan 10 min untuk one to one reading supaya anak2 ada masa bsama kita utk membaca. And make sure inform parents yang kita tak leh ajar smua org one to one dlm satu hari. Maksudnya, sehari dalam 4 orang je . and untuk yang tak buat reading hari ni boleh selang kan dengan writing and maths. 


  • " TERIMA COMMENT"
Sedia menerima comment dari senior teacher and manager. Dan tak lupa juga comment parents. Pernah sekali , kena serang dgn parents kata nya anak dia xpandai baca. Tapi hakikat nya anak dia dah pandai baca, So apa nak buat? Jangan give up atau stress. Tunjukkan bukti kpd parents tu yang ank dia sbenarnya pandai baca. Hantar video anak tu mmbaca. Resultnya, lepas je sy hantar vdeo tu parents tu terus minta maaf sb marah2 and rasa malu sb marahkan sy. Ini salah satu contoh situasi menjadi guru tadika. Bukan senang nak puas kan hati semua pihak and kita kena bijak menyelesaikan masalah tersebut.




kat bawah ni nak di kongsi kan pengalaman handle end year performance 2015 :)
Percussion performance by BBIM BSP :)
yg depan tu sy la.. duk handle anak2 tsayang :)




Saturday, August 29, 2015

You think

First of all, nak bagitahu.. Byk sgt dugaan semenjak dua menjak ni. Dalam tahun ni je macam2 berlaku. Hmmm tapi kena bsabar byk2. Thats all i can do. Setiap yg berlaku ada la smthng yg Allah swt nak tunjuk. Hurmmm hari ni mmg terasa sgt dgn ssorg tu. Penat kt tlg dia lps tu dia tak hargai then usaha kita mcm sia2 aje. Im not in a mood. Still going to be sad on a few days i guess. Hmmm😔😔😔😔😔😔😔 tu je tq  da tak de mood nak tolong apa2 daaaaa!!!💧💧💧

Sunday, May 24, 2015

New year dreams 🎉

Assalamuallaikum
Its been a while since my last update. Macam2 benda berlaku , benda baik and benda yg tak baik pun ada. But for this new year , berharap sgt lebih baik dari tahun lepas. Alhamduliah, berkat usaha akhirnya dapat juga kerja yg okey berbanding dulu. Hati tenang and seronok kat tempat baru. Brainy bunch atau juga sebagai montessori school, stakat ni rasa masih benda baru  and banyak benda yg masih kena belajar. Insha Allah rasanya kerja ni lebih baik dr sebelum. 
From January to May

Assalamuallaikum.. Its been a while since my last update. Alhamdullilah dgn segala puji bg Allah swt. Akhirnya, perjalanan sebagai guru tadika di teruskan lagi. Kali ni bukan di little caliphs tapi bertukar ke Brainy Bunch Islamic Montessori. Since first month lagi , mmg berlainan berkerja kat sini. Dari segi pembelajaran dan konsep tadika pun lain. Kat little caliphs lebih banyak kepada akademik anak2 tapi di BBiM ni lebih kepada penerapan cara macam mana nak mguruskan khidupan dan lebih kepada islamik (more to children nature).

Sepanjang mjadi guru.. Opss! Dekat BBIM ni guna konsep 'auntie' not 'teacher' ya. Sebab nya mereka ingin mewujudkan hubungan yg rapat antara murid and pengajar. And seriously, ia berkesan. Anak2 murid lebih rapat dgn aunty diorg sb diorg anggap aunty mcm keluarga 😊  okey dekat BBIM ni, Sy handle kelas yg di beri nama 'Understanding' yg berwarna hijau. Terdapat 8 kelas smuanya:

1. Understanding  ~ green colour (islamic) 
2. Wisdom ~ red colour (science) 
3. Intelligence~ pink colour ( mathematices)
4. Comprehension ~ yellow (epl ) 
5. Knowledege ~ Blue colour ( language) 
6. Briliance ~ blue colour ( language)
7. Aptitude ~ pink colour ( mathematices) 
8. Instict ~ orange colour


Best kan setiap kelas ada kaler nya yang tersendiri dan spesifik subjek.

First Month

Dalam bulan january, murid akan di ajar 'Ground Rule' terlebih dahulu. Dalam ground rule ni aunty akan ajar cara berjalan dalam kelas , how to walk on the line ( dlm setiap kelas ada line berbentuk circle) , how to eat, how to roll the ats dan banyak lagi. Sangat2 berguna untuk anak2 murid sebabnya diorg akan praktiskan benda ni sepanjang berada di kelas dan mungkin akan terbiasa dengan manner yang di ajar oleh aunty diorg.

After the first month

Mereka  akan di ajar phonic alphabet , maths dan bermacam2 lagi. Yang paling menariknya, hafazan juga mereka akan diajat tiap hari seperti doa before and after lesson, surah2 mudah dan berguna dll.
Selain itu,  anak2 murid akan di latih mengeja dalam phonic atau sounding. Ini bg memudahkan mereka mengeja sesuatu dalam bahasa inggeries. Kemudian terdalam EPL session atau dikenali sebagai Exercise Practial Life . Aktiviti yg melibatkan cara hidup seperti cara menuang air, membezakan warna dan sebagainya.


Sunday, September 28, 2014

I will show you ~ Aliee

Assalamuaallakum..

Its been a while since berapa bulan lepas update blog ni. Sebenarnya tak ada masa untuk update benda2 blog ni semua. Seriously, blog ni hanya untuk suka2 and tempat untuk luah kan apa yang terlintas di fikiran. Pejam celik , pejam celik, dah nak sampai hujung tahun. So? dah tercapai tak hajat and impian yang kita semua nak penuhi ? hehe. 

For me, banyak lagi perkara dan benda yang masih belum tercapai. Tapi Insha ALLAH selagi kita bersabar dan berusaha dengan gigih, pasti apa yang kita nak akan ALLAH swt tunaikan. Setiap apa yang berlaku bukan kehendak kita. Kadang2 manusia buat perancangan yang baik tetapi ALLAH swt ada perancangan yang lebih sempurna berbanding kita. So, jangan mudah putus asa atau kecewa sebab setiap apa yang kita buat ada hikmahnya kan? 

Dalam hidup ini tak semuanya indah dan tak semestinya selalu ada happy ending. Kadang2 hati terasa sedih kalau apa yang kita nak sangat tak menjadi milik kita. Tapi ingat lah , ALLAH swt tahu kemampuan kamu dan dia tahu apa yang terbaik buat diri kamu. So, be humble and smile walaupun dalam keadaan sedih atau kecewa. Be positive! jangan overacting kalau apa yang kita nak tak dapat sampai nak buat benda yang tak baik. Yang pasti nya, kena memotivasikan diri sendiri untuk lebih kuat dan berjaya di masa akan datang. Who knows? mungkin tahun depan ALLAH swt akan bagi something yang kita tak dapat penuhi tahun ini kepada something yang lebih baik? :) 

*Terapi yang paling berkesan untuk hilang kan stress : luang kan masa dengan kawan yang rapat dan berkongsi masalah. and paling utama kena la ... SHOPPING ! hahah

*Belanja satu gmbr :P

Art Street seksyen 7 Shah alam


Monday, May 19, 2014

My graduation day :)

Instiadat Konvokesyen yang ke 80 Uitm di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC)~ Uitm Shah Alam  (18 May 2014 -Sidang 10)


Alhamdullilah dengan anugerah yang di berikan oleh ALLAH swt kerana sekarang saya berjaya memegang scroll Diploma Pengurusan Maklumat (IM110). Segala penat lelah dan pengorbanan yang di lakukan terasa berbaloi dan sangat berpuas hati dengan diri sendiri. Di sebalik kejayaan ini , ibubapa lah yang banyak betkorban dan banyak membantu dalam segala hal seperti dari segi kewangan, dorongan, masa, tenaga dan lain-lain. Diploma ini merupakan hadiah buat ayah dan mak yang tanpa penat membesarkan anak mu ini sehingga berjaya memperoleh kejayaan. Ibu dan bapa juga lah tempat saya mengadu jika ada sebarang masalah dalam pelajaran dan terima kasih kerana mendengar dengan sabar.Insha ALLAH saya akan menjaga dan membalas budi kalian hingga akhir hayatku :)

Yang kedua, tak lupa juga kepada lecturer yang banyak mengajar dan memberi nasihat serta semangat u untuk mendapatkan pointer yang terbaik dalam mata pelajaran. Masih segar dalam ingatan cara semua lecturer mengajar. Teringat Madam Hasniza yang marah sebab kami ni bising semasa madam mengajar (maafkan kami) dan cara Madam mengajar memang sempoi habis. Tapi dalam masa yang sama Madam tegas kalau bab assigment dan banyak bagi clue untuk kami tambah baikkan assignment kami. Terima kasih tak terhingga untuk Madam. Untuk Madam Sal dan Madam Ayu juga yang banyak mengajar tentang record dan archive dengan baik, saya ucapkan berbanyak terima kasih. Banyak sangat nama lecturer yang dah mendidik dan mengajar sampai saya berjaya bergelar graduan. Hanya ALLAH SWT yang mampu membalas jasamu. Nak sebut nama lecturer , Sir Sufi, Sir Azam, Miss Sha, Sir Mahadi, Sir Hafiz, dll . hehe maaf byk sgt tpi nama mu tetap di hati. Oh ya! Thank you kepada UiTM KEdah yang akan sentiasa dalam ingatan ku. UiTM Di HATI ku Selalu <3

Last and not least untuk kawan2 seperjuangan yang banyak membantu dalam melakukan assignment yang di berikan dan segala dorongan dari kalian. Masih segar dalam ingatan macam mana kta semua tak tidur malam sebab buat assignment dengan usaha dan doa yang ada akhirnya kita berjaya siapkan juga. Thanks to my groups member, Fatin Haniah, Ika, Ras, Farah dan ex roomate yang ku sayangi Nazila dan Shahirah yang sentiasa ada di kala susah senang. Ilove you all always :)  Terima Kasih dari saya dan semoga kalian berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat, Insha ALLAH. Tak lupa juga kepada Pak Jang dan Mak jang yang selalu mendoakan kejayaan anak saudara mu ini, Terima kasih banyak2 ikhlas dari saya. Dah Konvo da yeepiii ! 







A361




Saturday, April 26, 2014

Everything is going to be fine ..

Assalamuaallaikum...

Alhamdullilah rezeki bertambah dan semakin happy. Benarlah kata orang, kalau kita ikhlas melakukan sesuatu pasti ALLAH SWT akan balas dengan baik juga. Setiap apa yang berlaku dan terjadi ada hikmah nya yang tersendiri. Kalau sekarang susah and kita usaha tanpa putus asa, Insha ALLAH suatu hari nanti pasti kita kan berjaya. Ignore je kalau ada orang bising complain pasal apa kita buat sebab bukan dorang yang nak tolong diri kita tapi kita sendiri yang kena tolong diri ni. Make yourself do all the things that you want to do. Always listen to your heart and thought.


Next, kena lah tahan telinga dengar kalau orang sekeliling cakap macam2 kat diri. Kena ingat siapa yang ada waktu kita susah and senang supaya kita boleh kenal orang sekeliling. But surely, family kena di utamakan sebab doa mak dan ayah paling mujarab dan ALLAH SWT akan meredhai setiap apa yang kita lakukan. Always keep yourself calm and terima rezeki dengan hati yang ikhlas. Perform solat sunat Dhuha sebab tanpa tawakal dan doa kita tak kan diberi rezeki oleh NYA. Ingat tu :)


Saturday, April 19, 2014

I Love to be in The Little Caliph's

Assalamuallaikum ..

Let's begin my story about The Little Caliph's Kindergarden or Ilham Khalifah Tadika yang terletak di Bandar Sri Permaisuri. Lepas je habis belajar (Diploma) saya terus je berusaha cari kerja sebab kalau kat rumah pun belum tentu nak buat apa kan? So, zana my friend and I cari lah kerja area dekat-dekat rumah je. Alhamdullilah..agaknya rezeki kami berdua di terima sebagai teacher di tadika ni. Mula-mula start kerja memang pening and tak tahu apa tugas yang kami patut buat. But, teacher-teacher kat sini semua nya baik dan beri kerjasama yang bagus pada kami buatkan kami boleh handle kerja dengan baik.

Tadika Little Caliph's ni memang menarik dan sangat-sangat berguna untuk anak-anak kat luar sana. Kenapa? Sebab tadika ni mengajar anak-anak ke arah lahiriah dan rohaniah. Maksudnya, tadika ni bukan sahaja mengikuti pembelajaran yang efektif malah mementingkan pembentukan rohani dan adab dalam diri pelajar di sini. Program tadika ini ialah untuk mewujudkan suasana Islamik dan mempelajari tingkah laku sopan ke arah kebaikan dan pembentukan diri sebagai khalifah Allah SWT. Untuk maklumat lebih boleh tengok ke link ni The little Caliphs Program

with Little Rizqin
Saya di tugaskan menjaga pelajar 4 tahun dan sepanjang berkerja disini banyak kenangan manis yang dapat di simpan. At first, masa mula sekolah, semua pelajar 4 tahun menangis dan ada yang dari pagi sampai petang mengeluarkan air mata (kesiannya). Ada yang diam dan memencilkan diri dan ada pula yang ramah bertanya itu ini kepada saya. Pendekatan yang teacher lain buat pada masa tu ialah mereka akan pujuk budak-budak 4 tahun ni. Lepas tu sama-sama baca doa before learning dan buat music and movement. Program Little Caliph's ni sangat bagus sebab dari pandangan saya, pelajar akan mudah membezakan yang baik dan buruk. Semua teacher akan mengajar pelajar cara solat, bacaan solat, cara mengambil wuduk dan lain-lain. Doa-doa basic macam doa sebelum makan, selepas makan, doa masuk tandas dan lain-lain, semuanya akan dipraktikakn untuk pelajar.


Love you all
Kalau ada yang kat luar sana kata Little Caliphs tak macam Smart Reader ke atau lain-lain, sebenarnya setiap tadika ada keistimewaan sendiri. Walaupun Little Caliphs menegaskan unsur khalifah dalam diri pelajar tetapi pembelajaran dalam tadika ni memang setaraf dengan tadika lain. Contohnya, teacher kat sini semua nya akan memberi arahan dalam bahasa english dan melatih pelajar bercakap bahasa inggeris. Pelajar 4 tahun akan di ajar mengenal huruf dan sebutan "a" "ba" "ca" dan menghafal nya. Pelbagai aktiviti menarik juga akan di adakan di tadika ini untuk meningkatkan daya pemikiran pelajar contohnya art and craft dan lain lain. Selain itu, lepas sebulan mengajar kat sini, banyak perubahan yang dapat saya tengok dalam diri pelajar. Mereka senang mengingat dan menghafal doa malah ada yang suka menjadi imam ketika solat. Sebenarnya, anak-anak kalau di lentur dari sekarang Insha ALLAH mereka akan menjadi khalifah ALLAH yang lebih bersedia di masa akan datang. :)




Thursday, April 17, 2014

Belajar Uku Le Le ...

Assalamuaalaikum...


Hari yang bermakna telah berlalu and alhamdullilah masih di beri kan peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Hari ini saya temui hobi baru.. yeahh nak tahu apa ? the answer is playing Uku LE LE  :) walaupun sebenarnya baru je belajar. Uku Le Le memang macam gitar tapi saiz nya memang kecik and cute je. Kalau warna nya pink lagi bertambah cute kan. So, as for me, saya tak beli lagi pun uku lele ni but my Sifu ( Kak Zati) bagi pinjam dia punya. Thanks akak sebab mengajar walaupun saya tahu saya tak pandai. 

Next, let me tell about this music instrument. Uku le le ni berasal dari Hawaii and cara kegunaanya sama macam gitar cuma beza nya strings dia ada empat je ya. At first memang susah nak biasa kan jari untuk mainkan kat uku lele ni. Tapi Insha ALLAH kalau kita minat and usaha mesti akan pro one day kan ? So, kat bawah ni adalah chord uku lele yang saya tengah nak menghafal ==' Tapi Insha ALLAH kan kalau usaha pasti boleh jadi power gitu.


Uku Lele Chords

Kena ingat kalau sekejap main lepas tu terus tak nak main uku lele memang sampai bila pun tak kan pandai. So, yang kat luar sana tu kalau nak main uku lele ni boleh praktis selalu. Sebab kadang-kadang kalau kita fokus pada benda lain mungkin kita akan lupa kan masalah kita yang lepas-lepas tu. Tapi jangan lah sampai terlupa pada ALLAH swt ya. Itu saja untuk hari ni thanks for reading :)

This is the part of Uku Lele







Wednesday, April 16, 2014

Job hunting is going to be fine ..Insha ALLAH :)

Assalamuallaikum semua..

Kalau dulu orang kata kalau tak belajar susah nak dapat kerja kan but sebenarnya ia nya di sebaliknya. Tak semestinya belajar sampai Phd sekali pun hidup sesorang itu akan terjamin. In fact, belum tentu lagi nak dapat kerja sebab zaman sekarang ni susah sangat nak mencari kerja. Believe me please! sebab saya dah merasainya (sigh).Okey let me story about my experience masa nak cari kerja. After habis final exam diploma, saya try la hantar resume untuk banyak company. Termasuk yang sedara mara punya but selalu nya kalau student memang suka cari "job online" and send resume. 

At first memang lah ada dua tiga interview yang tersangkut and orang tu pun suruh pergi interview. But guess what? before nak kena interview kita mesti buat persediaan semua kan ? and as for me, saya kan search dalam-dalam pasal company yang panggil tu. Rupa-rupanya kebanyakkan company yang panggil saya for interview tu "menipu". Maksudnya, job tu bukan apa yang kita bayang kan. Ramai lah orang yang comment pernah kena tipu dengan company ni. Apa lagi terus "cancel" nak pergi interview. Haihh =='

Secondly, disebabkan sijil diploma tak dapat lagi (graduate bulan 5) , kena lah guna result Spm so kalau orang sekeliling nak expect kita ni terus dapat kerja yang bagus memang kurang wajar lah. Kadang-kadang saya pelik dengan orang sekelililng (bukan semua ya ! ) yang sibuk menanya pasal " Anak awak kerja apa?" "berapa gaji" "kenapa kerja tu?" dan lain-lain. Are they think it is easy to find working place? Ingat senang-senang nak dapat kerja? and sepatutnya people around kena lah kata "nanti ada lah rezeki tu" and others. Macam ni baru lah semangat sikit nak cari kerja kan :) 

Sebagai contoh, My beloved sister, after STPM she was struggle to find job and ternyata rezeki dia. At first akak saya kerja promoter kat Avon then clerk kat satu company and lastly now she become an Officer in Etiqa Insurance. This means sesiapa pun boleh berjaya jika Allah SWT kehendakinya. Kita mesti ingat sebenarnya setiap apa yang kita lakukan kalau susah nak dapat someting its means Allah nak duga. Macam saya la.. ada hikmah nya kan kerja kat Little Caliph's sekarang.. segalanya dalam perancanganNYA..Insha Allah.. :) Smile.



Tuesday, April 15, 2014

Be my first step in this blog thing :)

Assalamuaalaikum .. 

Wow.. finally buat blog.. dah macam budak baru belajar pula..In future I will improve to make my blog to be more interesting and fun for read, Insha ALLAH. Firstly, blog ini untuk saya meluahkan apa sahaja yang terlintas di fikiran and others thing too. Sebenarnya sebelum ni ada buat blog juga tapi tak menjadi lah pulak. Siap lupa terus apa password and ID. Hopefuly dapat lah nak sampaikan pemikiran and perasaan dalam blog ni. (cewah!)

Okey. Now nak cerita sikit pasal diri ini yang serba serdahana lagi tak berapa nak di kenali sangat (ayat merendah diri =='). My life is like this....

Nama penuh yang mak ayah berikan HAZIRAH BINTI HAMZAH means "Pilihan yang terbaik" . Insha ALLAH. Umur 21 years old (tua ke ?) . Tinggal di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur and stays with my family till now. I'm working at Little Caliph's Kindergarden as a teacher (sementara) and part time student. I still need to get my degree Insha ALLAH. Anak yang kedua dari tiga orang. Single and masih mencari (hehe). Suka baca novel and shopping ( benda perempuan suka buat! ). Hope sudi berkawan dengan saya..


Throwback at Makam Mahsuri, Langkawi